Jaringan Abdul Rahim membawa kemenangan kepada pasukan Sarawak sebagai aksi permulaan Liga Perdana 2018

Sarawak memulakan Liga Perdana 2018 mereka dengan kemenangan 1 – 0 semasa menentang Kuantan pada 2 Februari 2018 yang lalu di Stadium Negeri.

Gol tunggal kemenangan itu dijaringkan pada minit ke 18 oleh pemain sayap Abdul Rahim Abdul Razak hasil crossing oleh Mateo Roskam yang berjaya menembusi benteng Kuantan.

Lebih meriah lagi, Pasukan Sarawak hampir menambah jaringan tiga  minit selepas itu setelah penyerang Bobby Gonzalez berjaya menundukkan penjaga gol Kuantan, namun sepakan beliau sekadar terkena tiang gol.

Pada separuh masa kedua, perlawanan menaksikan Sarawak dapat melakukan beberapa siri serangan yang merbahaya namun gagal mendapat jaringan hasil daripada kekebalan barisan pertahanan Kuantan. Kedudukan 1 Sarawak dan 0 Kuantan sampai ke wisel penamat.

Perlawan seterusnya untuk pasukan Sarawak adalah dengan Pasukan Terengganu II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium pada Isnin 5 Februari 2018.

Sarawak bersedia untuk bertempur dalam Liga Perdana 2018

Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) memperkenalkan kit jersi terbarunya dan secara rasminya memperkenalkan barisan pemain untuk Liga Perdana, Piala Presiden dan Team Remaja bagi tahun 2018 negeri tersebut.

Biarpun agak kecewa dengan prestasi di Liga Super tahun lepas (2017), Pasukan Sarawak telah bersedia untuk mengharungi Liga  Perdana untuk musim ini.

Terdapat isu atau insiden iaitu spotlight di Stadium Negeri di Petra Jaya menghadapi masalah dan ini mungkin salah satu penyebab perlawanan diantara Sarawak dan pasukan lain akan diadakan di sebelah petang dan bukan nya di sebelah malam.

Untuk perlawanan pertama dalam Liga Perdana 2018, Sarawak akan menentang Kuantan F.A pada 2 Februari 2018 iaitu pada hari Jumaat pada jam 4.15 petang.

Namun begitu, perlawanan pertama untuk Liga Perdana Malaysia musim 2018 adalah diantara UITM menentang Pulau Pinang pada 1 Februari 2018 jam 9.00 malam. Untuk melihat carta kedudukan, jadual perlawanan dan keputusan perlawanan untuk Liga Perdana Malaysia 2018, sila klik di sini.