Penangguhan perlawanan bukannya untuk membantu JDT – Kevin

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam menegaskan bahawa keputusan untuk menangguhkan tarikh perlawanan Liga Super Malaysia adalah untuk berlaku adil kepada semua pasukan yang bersaing.

Kevin berkata tuduhan dari segelintir peminat yang mengkritik keputusan tersebut seolah-olah memberi kelebihan terhadap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah tidak benar sama sekali.

“Tuduhan-tuduhan dan kritikan yang menyatakan perubahan tarikh perlawanan kepada bulan Jun iaitu selepas pemindahan kedua yang seakan-akan mmebantu pasukan JDT agar mereka dapat menyerap pemain import adalah tidak benar.

“Namun begitu, lihat sahaja situasi semasa, Pahang juga memerlukan pemain import, kerana saya difahamkan pemain tengah Liberian mereka yang berumur 32 tahun itu, Francis Forkey Doe juga tidak dapat beraksi kerana kecederaan yang dialami beliau. Oleh itu, perubahan tarikh perlawanan juga akan membantu pasukan Pahang. Yang peliknya kenapa ,tiada seorang pun yang menyebut nama pasukan Pahang?” kata Kevin.

FMLLP mengumumkan yang pusingan perlawanan yang ke enam dan ke tujuh yang sepatutnya berlangsung pada 30 dan 31 Mac dan juga 1 April dan 4 April akan ditangguhkan ke 5, 6, 10 dan 11 Jun.

Manakala perlawanan-perlawanan untuk Liga Perdana Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 29 – 31 Mac dan 2 – 4 April akan ditunda ke 9, 10, 23 dan 24 April.

Menurut FMLLP, perubahan jadual perlawanan terpaksa dilakukan untuk memberi laluan dan masa kepada pasukan kebangsaan untuk menjalankan perlawanan persahabatan dengan negara lain pada 1 April

Namun begitu, perubahan terhadap jadual telah menimbulkan ketidakpuashatian dikalangan segalintir peminat yang mendakwa keputusan pihak FMLPP secara tidak langsung membantu pasukan JDT yang dimana pasukan ini juga telah mengumumkan pertukaran yang agak besar sebelum ini.

Kevin juga menegaskan yang FMLLP tidak dapat mengatur tarikh perlawanan baru untuk Liga Super Malaysia yang bertindih dengan Liga Perdana Malaysia pada bulan April ini kerana JDT akan beraksi dalam Piala AFC pada 10 dan 24 April.

 

Livescore Liga Super 2018 Pusingan Ketiga

Pusingan ketiga Liga Super Malaysia 2018

Tepat jam 9.00 malam ini (tarikh post ini), 8 pasukan akan berentap di stadium pilihan, perlawanan pusingan ke tiga untuk Liga Super Malaysia 2018. Biarpun agak sedih melihat pasukan pilihan Pakcik Bola tak dapat berentap di dalam Liga Super tahun ini, Pakcik Bola akan memilih team lain untuk disokong dalam Liga Super.

Baiklah, Pakcik Bola nak sokong pasukan Kelantan lah tahun ini. Untuk dua pusingan terdahulu Pasukan Kelantan berjaya sumbat 1 mata hasil seri menentang pasukan Terengganu.

Berbalik kepada 4 perlawanan malam ini, kita akan menyaksikan Terengganu menentang Selangor, Perak menentang PKNS, Kuala Lumpur menentang JDT dan Pahang menentang Kelantan.

Jadi Pakcik Bola nak main satu game sikit la, game teka-teka result bola nih..

Terengganu (2) vs (3) Selangor

Perak (2) vs (2) PKNS

Kuala Lumpur (1) vs (3) JDT

Pahang (1) vs (2) Kelantan *Nih sebab Pakcik Bola sokong Kelantan tahun ni.

Ada cun tak tekaan Pakcik Bola ni? Korang rasa macam mana pula?

Kami sanggup mengambil alih, stadium di Klang Valley

Begitalah ulasan Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), sekiranya diberi mandat dan peluang, mereka sangup mengambil alih pentadbiran mana-mana stadium di Lembah Klang (Klang Valley).

Presiden FAS Datuk Seri Subahan Kamal berkata persatuan tersebut terbuka terhadap tanggungjawab itu kerana usaha ini akan memastikan pasukan Selangor tidak akan menghadapi sebarang masalah semasa perlawanan yang berlangsung di pihak tuan rumah dalam M-League.

“Sekiranya Majlis Perbandaran Selayang memberi kami mandat untuk mengurus tadbir Stadium Selayang, kami akan melakukannya. Saya percaya FAS mempunyai sumber-sumber yang mencukupi untuk mengurus sesebuah stadium.

“Ianya terpulang kepada sikap keterbukaan kerajaan terahdap idea ini” kata Subahan.

Pasukan negeri Selangor adalah satu-satunya pasukan sekarang ini yang belum ada perlawanan yang ditetapkan di pihak tuan rumah sendiri dalam Liga Super. Liga Super akan bermula pada Sabtu ini dengan perlawanan di antara Terengganu menentang PKNS

FMLLP akan memberikan kenyataan dalam masa terdekat samada selangor akan menggunakan Stadium Selayang atau Stadium KLFA sebagai stadium tuan rumah mereka.