Jaringan Abdul Rahim membawa kemenangan kepada pasukan Sarawak sebagai aksi permulaan Liga Perdana 2018

Sarawak memulakan Liga Perdana 2018 mereka dengan kemenangan 1 – 0 semasa menentang Kuantan pada 2 Februari 2018 yang lalu di Stadium Negeri.

Gol tunggal kemenangan itu dijaringkan pada minit ke 18 oleh pemain sayap Abdul Rahim Abdul Razak hasil crossing oleh Mateo Roskam yang berjaya menembusi benteng Kuantan.

Lebih meriah lagi, Pasukan Sarawak hampir menambah jaringan tiga  minit selepas itu setelah penyerang Bobby Gonzalez berjaya menundukkan penjaga gol Kuantan, namun sepakan beliau sekadar terkena tiang gol.

Pada separuh masa kedua, perlawanan menaksikan Sarawak dapat melakukan beberapa siri serangan yang merbahaya namun gagal mendapat jaringan hasil daripada kekebalan barisan pertahanan Kuantan. Kedudukan 1 Sarawak dan 0 Kuantan sampai ke wisel penamat.

Perlawan seterusnya untuk pasukan Sarawak adalah dengan Pasukan Terengganu II di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah Stadium pada Isnin 5 Februari 2018.