Penangguhan perlawanan bukannya untuk membantu JDT – Kevin

Spread the love
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam menegaskan bahawa keputusan untuk menangguhkan tarikh perlawanan Liga Super Malaysia adalah untuk berlaku adil kepada semua pasukan yang bersaing.

Kevin berkata tuduhan dari segelintir peminat yang mengkritik keputusan tersebut seolah-olah memberi kelebihan terhadap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah tidak benar sama sekali.

“Tuduhan-tuduhan dan kritikan yang menyatakan perubahan tarikh perlawanan kepada bulan Jun iaitu selepas pemindahan kedua yang seakan-akan mmebantu pasukan JDT agar mereka dapat menyerap pemain import adalah tidak benar.

“Namun begitu, lihat sahaja situasi semasa, Pahang juga memerlukan pemain import, kerana saya difahamkan pemain tengah Liberian mereka yang berumur 32 tahun itu, Francis Forkey Doe juga tidak dapat beraksi kerana kecederaan yang dialami beliau. Oleh itu, perubahan tarikh perlawanan juga akan membantu pasukan Pahang. Yang peliknya kenapa ,tiada seorang pun yang menyebut nama pasukan Pahang?” kata Kevin.

FMLLP mengumumkan yang pusingan perlawanan yang ke enam dan ke tujuh yang sepatutnya berlangsung pada 30 dan 31 Mac dan juga 1 April dan 4 April akan ditangguhkan ke 5, 6, 10 dan 11 Jun.

Manakala perlawanan-perlawanan untuk Liga Perdana Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 29 – 31 Mac dan 2 – 4 April akan ditunda ke 9, 10, 23 dan 24 April.

Menurut FMLLP, perubahan jadual perlawanan terpaksa dilakukan untuk memberi laluan dan masa kepada pasukan kebangsaan untuk menjalankan perlawanan persahabatan dengan negara lain pada 1 April

Namun begitu, perubahan terhadap jadual telah menimbulkan ketidakpuashatian dikalangan segalintir peminat yang mendakwa keputusan pihak FMLPP secara tidak langsung membantu pasukan JDT yang dimana pasukan ini juga telah mengumumkan pertukaran yang agak besar sebelum ini.

Kevin juga menegaskan yang FMLLP tidak dapat mengatur tarikh perlawanan baru untuk Liga Super Malaysia yang bertindih dengan Liga Perdana Malaysia pada bulan April ini kerana JDT akan beraksi dalam Piala AFC pada 10 dan 24 April.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *