Penangguhan perlawanan bukannya untuk membantu JDT – Kevin

Ketua Pegawai Eksekutif Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP), Kevin Ramalingam menegaskan bahawa keputusan untuk menangguhkan tarikh perlawanan Liga Super Malaysia adalah untuk berlaku adil kepada semua pasukan yang bersaing.

Kevin berkata tuduhan dari segelintir peminat yang mengkritik keputusan tersebut seolah-olah memberi kelebihan terhadap pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) adalah tidak benar sama sekali.

“Tuduhan-tuduhan dan kritikan yang menyatakan perubahan tarikh perlawanan kepada bulan Jun iaitu selepas pemindahan kedua yang seakan-akan mmebantu pasukan JDT agar mereka dapat menyerap pemain import adalah tidak benar.

“Namun begitu, lihat sahaja situasi semasa, Pahang juga memerlukan pemain import, kerana saya difahamkan pemain tengah Liberian mereka yang berumur 32 tahun itu, Francis Forkey Doe juga tidak dapat beraksi kerana kecederaan yang dialami beliau. Oleh itu, perubahan tarikh perlawanan juga akan membantu pasukan Pahang. Yang peliknya kenapa ,tiada seorang pun yang menyebut nama pasukan Pahang?” kata Kevin.

FMLLP mengumumkan yang pusingan perlawanan yang ke enam dan ke tujuh yang sepatutnya berlangsung pada 30 dan 31 Mac dan juga 1 April dan 4 April akan ditangguhkan ke 5, 6, 10 dan 11 Jun.

Manakala perlawanan-perlawanan untuk Liga Perdana Malaysia yang sepatutnya berlangsung pada 29 – 31 Mac dan 2 – 4 April akan ditunda ke 9, 10, 23 dan 24 April.

Menurut FMLLP, perubahan jadual perlawanan terpaksa dilakukan untuk memberi laluan dan masa kepada pasukan kebangsaan untuk menjalankan perlawanan persahabatan dengan negara lain pada 1 April

Namun begitu, perubahan terhadap jadual telah menimbulkan ketidakpuashatian dikalangan segalintir peminat yang mendakwa keputusan pihak FMLPP secara tidak langsung membantu pasukan JDT yang dimana pasukan ini juga telah mengumumkan pertukaran yang agak besar sebelum ini.

Kevin juga menegaskan yang FMLLP tidak dapat mengatur tarikh perlawanan baru untuk Liga Super Malaysia yang bertindih dengan Liga Perdana Malaysia pada bulan April ini kerana JDT akan beraksi dalam Piala AFC pada 10 dan 24 April.

 

Tiada personaliti, tiada kelas, takut – Ujar Mourinho terhadap MU

Jose Mourinho meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pemain-pemain setelah pasukan tersebut memasuki separuh akhir FA Cup dengan mengatakan mereka adalah pemain-pemain yang kurang personaliti, kelas dan keinginan yang tinggi.

Hanya 24 jam setelah pengurus kelab ini mempertahankan rekod beliau semasa persidangan pra-perlawanan, Mourinho mengalihkan tumpuan beliau ke arah pemain-pemainnya setelah pasukannya mengalahkan pasukan Brighton 2-0 pada perlawanan suku akhir.

Hanya Nemanja Matic, yang menjaringkan gol pembukaan untuk Romelu Lukaku sebelum menjaringkan lagi gol saat akhir dan Scott McTominay pula dihujani kritik.

Dan setelah Mourinho mendakwa beliau sedang mencari respon terhadap perlawanan di menentang Sevilla di Champions League beliau juga menyatakan pemain-pemain beliau tidak berpesonaliti dan tiada keinginan untuk bermain untuk kelab terkemuka tersebut.

“Saya tidak menyukai perlawanan tersebut,” kata Mourinho. “Saya fikir kami sepatutnya menang akan tetapi saya tidak memdapat reaksi yang sepatutnya daripada mereka.

“Mungkin saya ada menerima reaksi daripada segelintir daripada ahli pasukan United. Mereka juga mempunyai mental yang kuat dengan kualiti bola sepak untuk bermain – itulah sebab kami menang.

“Akan tetapi, pasukan yang terdiri daripad sebelas orang, dan anda mempunyai hanya enam atau tujuh orang yang bermain bersungguh-sungguh, masih juaga anda akan berasa amat susah untuk mempunyai prestasi yang baik.

“Sudah tentu saya tidak gembira dengan prestasi ini, tapi gembira dengan keputusannya sahaja.”

Pertahanan dari England Luke Shaw adalah salah seorang nama pemain yang beliau maksudkan setelah gagal mengikuti rentak dan percaturan perlawanan dan ini membuatkan beliau ditukar pada separuh masa.

Ini membuatkan Shaw adalah sasaran jelas untuk Mourinho mempersoalkan tentangnya walaupun pengurus United ini mempunyai beberapa nama pemain lain lagi semasa mengeluarkan kritik yang boleh dikatakan meluas.

“Saya ingin lebih banyak personaliti di kalangan pemain kerana terlalu banyak kali saya rasa Matic diselubungi masalah kekurangan personaliti, kelas dan keinginan.

“Saya harus mengatakan sebagai contoh McTominay gagal mennyambut bola yang dihantar kepada beliau semasa semua perlawanan akan tetapi beliau adalah pemain Manchester United.

“Dan bagi saya seorang pemain Manchester United yang bermain dengan tidak memuaskan masih juga menyumbang kepada pasukan tersebut. Ini adalah persoalan yang menjurus ke arah personaliti.”